0

.:SINDROM WAKTU CUTI:.

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan. (HR al-Bukhari)

Peperiksaan akhir telah pun berlalu. Tahniah diucapkan kepada adik-adik JAD yang telah selesai menduduki peperiksaan. Namun, satu lagi ujian yang lebih besar perlu kita hadapi selepas ini Ujian kelapangan. Seperti mana sabda Nabi s.a.w di dalam hadith di atas, inilah nikmat yang mana kebanyakan manusia akan menerima kerugian yang besar.

Allah SWT lebih mengetahui keadaan dan fitrah makhluk ciptaanNya. Ujian kesibukan kadang-kadang secara tak langsung mendidik kita untuk lebih berdisiplin dalm memanfaatkan 24jam sehari yang Allah kurniakan untuk kita. Walaupun kadang-kadang kita seakan mengeluh kepenatan, hakikatnya, banyak yang telah kita lakukan pada waktu tersebut berbanding waktu lapang setelahnya yang kebanyakan dari kita akan sia-siakan dengan TIDUR.

Secara sedar atau tidak, kita selalu mendidik kesabaran diri kita untuk terus bertahan sewaktu kesibukan dengan mengatakan, “Takpe, lepas ni nak tidur sepanjang hari pun tidurlah…exam dah habis.” Inilah punca utama kebanyakan dari kita mengqadhakan tidur yang tak cukup sewaktu musim peperiksaan. Sehari dua mungkin masih boleh diterima dan dimaafkan, tapi kalau dah jadi habit untuk tidur lepas subuh, apa yang akan terjadi pada umat ini?

“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” (Miftah Daris Sa’adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

Pagi kita akan menentukan bagaimana petang kita. Maka berusahalah untuk menghiasi pagi kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat, supaya kita terdorong untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat pula di penghujung hari.

Kawan-kawan pernah menonton filem Ketika Cinta Bertasbih? Masih ingat lagi waktu Ibu Khairul Azzam tak bagi Khairul Azzam berkahwin dengan gadis yang tidur selepas subuh walaupun gadis itu sopan pakaiannya. Kawan-kawan tak nak ke suami macam Khairul Azzam? Berusahalah untuk jadi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.

Ok, bersama dengan entri ini disertakan beberapa tips untuk mengelakkan tidur selepas subuh.

1. Tidur Awal

Untuk memastikan kita mendapat rehat yang secukupnya, pastikan kita tidur awal di malam hari supaya kita tidak beralasan tidak cukup tidur dan menyambung tidur sehingga tengahari. Mungkin susah bagi sesetengah orang, tapi sebolehnya, tidurlah sebelum pukul 12 malam, supaya kita mudah untuk bangun awal untuk solat subuh dengan segar.

2. Baca al-Ma’thurat&al-Quran

Syaitan memang tak senang melihat kita taat suruhanNya dengan bangun bersolat, meninggalkan selimut di pagi hari yang sejuk dan nyaman. Maka, hindarilah bisikan-bisikan syaitan itu dengan membaca la-Ma’thurat dan al-Quran di pagi hari. Kalau mengantuk juga, berhentilah sebentar untuk membuat regangan bdan atau minum air seteguk dua dahulu. Mujahadahlah untuk kekal celik selepas subuh, dan anda kan merasa kemanisannya apabila kita menang dalm pertarungan ini.

3. Santapan rohani

Mungkin rasa mengantuk dan malas itu hadir sebab rohani kita masih lapar. Lalu iman susah untuk menang apabila berhadapan dengan nafsu dan godaan syaitan. Maka, berilah makan rohani kita dengan mendengar alunan bacaan al-Quran di computer sambil melayari internet, membaca blog-blog ilmiah sebagai bekalan iman untuk berhadapan dengan 2 musuh utama kita itu.

4. Kemas rumah&buat perkara yang anda suka

Kalau mengantuk juga, kembalilah ke tempat tidur anda, dan kemaskan cadar, lipat selimut dan futon supaya kita rasa sayang nak tidur dan sepahkan balik. Kalau kita perhatikan ibu-ibu kita, pagi hari adalah waktu aktif mereka, menyapu rumah, menyiram pokok di halaman, mencuci pakaian dan sebagainya. Belajarlah untuk mengaktifkan diri kita juga dengan perkara-perkara ini, semoga rasa mengantuk itu dapat diusir, dan aktiviti harian kita akan lebih tersusun. Ataupun, buatlah perkara-perkara bermanfaat yang anda sukai, contohnya membuat origami, menghias bilik dan sebagainya.

5. Sarapan

Selain rohani, jasadi kita juga perlu diraikan. Bangun awal dan masak sarapan yang best untuk diri sendiri, keluarga dan haousemate. Kita puna kan merasa lebih bersemangat untuk menghiasi hari dengan himpunan aktiviti-aktiviti bermanfaat, tidak hanya tidur, main game dan menghadap drama-drama yang tidak berkesudahan.

6. Mandi

Salah satu cara untuk menyegarkan tubuh di pagi hari adalah dengan mandi. Apabila tubuh kita terkena air, energy baru dijanakan dalam diri. Kita akan lebih bersemangat dan perasaan mengantuk dapat dihilangkan insyaAllah.

7. Qailullah(tidur sebentar sebelum Zuhur)

Setelah penat beraktiviti sepanjang pagi, rehatlah sebentar sebelum masuknya waktu Zuhur untuk menambah kesegaran diri dan memudahkan kita untuk bangun awal keesokan harinya. Supaya tubuh kita tidak terlalu keletihan sewaktu tidur di malam hari kelak.

Semoga kita menang pada peperangan pagi ini!

sumber:http://azzariyat.com/blog/2011/02/21/sindrom-waktu-cuti/

0 komen:

Post a Comment

Back to Top